Nilam Oshman
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti enam lagi kluster baharu Covid-19 hari ini.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster baharu itu membabitkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
1. Kluster Sungai Putus
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah kilang di mana 427 kes telah dikesan positif Covid-19, sembilan warganegara dan 418 bukan warganegara.
2 Kluster Erima
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor di mana 29 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
3. Kluster Tapak Bina Jalan Berangan
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan di mana enam kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
4. Kluster Langkasuka
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di
Johor di mana 14 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
5. Kluster Jalan College
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Petaling di negeri Selangor di mana 11 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
6. Kluster Sungai Keluang
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang di mana 16 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. -Malaysiapost.

