Kes Covid-19 di Malaysia lepasi 80,000

0
1
grafik

Nilam Oshman 

SEBANYAK 1,810 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini membabitkan 1,799 kes tempatan dan 11 kes import. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan kes positif di Malaysia sebanyak 80,309 dengan kes aktif 12,734 sehingga jam 12 tengah hari tadi. 

Menurutnya, Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu 829 di mana 685 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan. 

“Ini diikuti Sabah sebanyak 532 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 132 kes. 

“Sebanyak 182 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara membabitkan Kluster Rumah Merah (150 kes), Tembok (18 kes), Bakti (13 kes), dan Penjara Jalan Harapan (3 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 123 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 63 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

“Serta terdapat pertambahan enam kes kematian melibatkan warganegara, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 402 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here