JAIS benar solat Jumaat, fardhu berjemaah di 3 daerah

0
2

SEMUA masjid dan surau di tiga daerah di Selangor dibenar melaksanakan solat Jumaat serta fardu berjemaah berkuat kuasa serta-merta.

Ia meliputi 130 masjid, 21 surau kebenaran Jumaat dan 453 surau di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu bagaimanapun tidak termasuk mukim Kuala Selangor berikutan situasi terkini penularan Covid-19.

“Kebenaran kehadiran jemaah solat Jumaat dan fardu ini hanya untuk warganegara sahaja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Shahziha berkata program imarah seperti kuliah maghrib, subuh dan dhuha serta bacaan yassin turut dibenarkan, dengan syarat penceramah dari zon hijau.

Beliau juga mengingatkan umat Islam di Selangor untuk meningkatkan disiplin, kawalan kendiri, bersabar dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Penguatkuasaan SOP tegas oleh pentadbir masjid dan surau, pencegahan, kawalan kendiri, doa, zikir serta munajat yang diamalkan pasti membantu mempercepat ketetapan sama di seluruh negeri,” katanya.

Kecuali Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor berkuatkuasa sehingga 20 Disember ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here