Adun PAS menghadap Sultan Perak

0
1

TIGA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS tiba di Istana Kinta di Ipoh bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ketiga-tiga Adun iaitu Razman Zakaria (Gunong Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah) tiba pada jam 4.23 petang tadi menaiki kenderaan secara berasingan.

Semalam, media melaporkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidin diberi perkenan menyembah calon Menteri Besar Perak yang baharu, sebelum Sultan Nazrin bertitah supaya Adun Pas dan Bersatu mengadap baginda.

Bagaimanpun, tiga Adun berkenaan tidak jadi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta apabila kepemimpinan parti berkenaan belum membuat keputusan berhubung isu politik di Perak itu.

Sebentar tadi, Barisan Nasional (BN) serta PAS dan Bersatu bersetuju menamakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar yang baharu untuk diperkenankan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Persetujuan itu dicapai atas semangat pemuafakatan Perikatan Nasional (PN) membabitkan Bersatu dan PAS serta BN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here