Fitri Nizam
SERAMAI 9,329 pegawai dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mendapat ‘durian runtuh’ apabila bakal menerima bonus minimum sebanyak RM1,500.
Perkara itu diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebagai menghargai usaha dan komitmen warga DBKL.
“Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa dengan ini saya bersetuju DBKL memberi bonus sebulan gaji kepada semua pegawai dan kakitangan DBKL (9,329 orang) dengan bayaran minima RM1,500.
“Insentif ini sebagai menghargai usaha dan komitmen warga kerja DBKL dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang 2020,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL, hari ini. – Malaysiapost

