Krisis Perak: 2 Adun Bersatu menghadap Sultan Perak

0
1
grafik

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu memasuki Istana Kinta di Ipoh untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebentar tadi.

Bagaimanapun hanya dua Adun Bersatu iaitu Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) dan Datuk Zainol Fadzi Paharudi (Sungai Manik) dikesan memasuki istana sekitar jam 4.43 petang.

Kenderaan membawa bekas Menteri Besar yang juga Adun Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, tidak kelihatan kerana dipercayai berada di Kuala Lumpur.

Terdahulu, tiga Adun PAS iaitu Razman Zakaria (Gunong Semanggol), Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah) dilihat memasuki Istana Kinta untuk mengadap Sultan Nazrin.

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) serta PAS dan Bersatu bersetuju menamakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar yang baharu untuk diperkenankan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Persetujuan itu dicapai atas semangat pemuafakatan Perikatan Nasional (PN) membabitkan Bersatu dan PAS serta BN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here