Nurul Huda Abhar
SEBANYAK 959 kes harian baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 76,265.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, enam adalah kes import manakala penularan dalam negara pula adalah 953 kes.
“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu 277, diikuti Sabah sebanyak 203 kes dan Kuala Lumpur 129 kes.
“Sebanyak 27 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (23 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes),” katanya dalam sidang media, hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan lima kes kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah 393.
“Sehingga kini, terdapat 127 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 61 memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya. – Malaysiapost

