Pemilihan DAP ditangguh hingga Jun 2021

0
1

Fitri Nizam

JABATAN Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membenarkan permohonan DAP untuk menangguhkan kongres nasional dan pemilihan parti sehingga Jun tahun depan.

Setiausaha Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata lanjutan masa yang dibenarkan ROS adalah selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021.

“Justeru itu, Kongres Parti DAP yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2020 di Shah Alam ditangguh ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian sebelum 30 Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Anthony Loke berkata, proses penamaan calon untuk pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat telah pun selesai dan senarai calon sudah dimuktamadkan.

“Pihak DAP ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ROS dan Menteri Dalam Negeri atas kesudian untuk mempertimbangkan permohonan kami,” katanya. – Malaysiapost

Ends//

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here