Ahmad Zahid mengadap Sultan Perak esok

0
1

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, Perak, pagi esok.

Ahmad Zahid dijadualkan akan tiba di pekarangan Istana Kinta, jam 10 pagi.

Tujuan menghadap Sultan Perak dipercayai bagi menyembah maklum pendirian parti berhubung kemelut terkini politik negeri itu.

Kelmarin, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menghadiri mesyuarat khas Badan Perhubungan Umno Perak.

Kemelut politik negeri itu bermula selepas bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam usul keyakinan terhadapnya dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), Jumaat lalu.

Dalam undian sulit yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak, manakala seorang berkecuali.

Dun Perak merangkumi 25 Adun Barisan Nasional (BN) yang kesemuanya daripada Umno, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here