Parti Liar: 5 penjawat awam antara ditahan

0
1

POLIS menahan 15 individu, termasuk lima penjawat awam yang sedang berhibur di kondominium dekat Bukit Bintang, di sini awal pagi tadi.

Seramai 12 daripada mereka termasuk semua penjawat awam berkenaan didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata individu yang ditahan itu berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Katanya, mereka ditahan reman di lokap Dang Wangi selama 4 hari bermula hari ini.

“Lapan wanita dan tujuh lelaki yang ditahan berhibur sejak jam 2 petang semalam, dalam satu unit kondominium di Jalan Raja Chulan, yang ditempah menerusi laman web sehinggalah mereka diserbu polis jam 4 pagi tadi.

“Tujuan parti liar ini untuk menyambut hari lahir seorang suspek yang juga ditahan tetapi mereka terbabit dalam penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata, seorang suspek yang juga penganjur parti menjemput rakan melalui aplikasi WhatsApp dan mereka berkongsi duit membayar sewa sebanyak RM1,100 sehari termasuk deposit.

“Kita percaya jenis dadah yang digunakan mereka semasa berhibur ialah jus campuran yang siap dibancuh,” katanya.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here