PN Perak perlu dipertahankan – MKT Umno

0
1

Fitri Nizam

UMNO memutuskan supaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak membabitkan Umno, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu terus dipertahankan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

“Mesyuarat MKT telah membincangkan tentang senario politik Perak.

“Mesyuarat memutuskan agar kerajaan PN Perak melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, PAS dan PPBM (Bersatu) perlu terus dipertahankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ahmad Maslan, berkata MKT juga memutuskan bahawa tarikh untuk Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada 1 hingga 3 Januari 2021.

“Ia akan diadakan secara serentak di 191 Bahagian dan akan dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian masing-masing.

“Untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bolehlah diadakan secara maya. Kehadiran adalah secukup korum iaitu satu perempat daripada jumlah wakil yang berhak hadir,” katanya.

Beliau berkata, Perhimpunan Agung Wanita dan Puteri adalah pada 30 Januari dan Perhimpunan Agung Umno pada 31 Januari 2021.

“Ia akan diadakan di PWTC dengan kehadiran yang terhad dan juga akan dibuat secara maya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here