Kemelut politik Perak: Jangan buat andaian sendiri – Shaarani

0
2
grafik

Fitri Nizam

UMNO Perak memandang serius spekulasi dan khabar angin yang dikeluarkan di luar saluran parti berhubung senario politik di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Shaarani Mohamad, berkata semua pihak diminta bertenang.

Beliau turut menasihatkan supaya semua pihak untuk tidak membuat sebarang andaian berdasarkan kenyataan yang disebarkan tanpa bersandarkan keputusan rasmi parti.

“Sebarang kenyataan rasmi parti berhubung perkembangan proses pembentukan kerajaan negeri hanya dikeluarkan melalui pejabat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Kemelut politik di Perak timbul apabila Umno mengusulkan undi percaya kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Usul itu menyaksikan Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja tersingkir daripada jawatannya apabila hanya mendapat 10 undi sokongan manakala 48 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lagi tidak menyokong.

ADUN Umno yang mengusulkan usul terbabit mengundi untuk tidak memberi sokongan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here