Umno sedia lawan PAS di Kelantan jika…

0
1

Fitri Nizam

JIKA PAS cenderung untuk mengenepikan Muafakat Nasional (MN) yang disepakati, Umno dan Barisan Nasional (BN) Kelantan sedia meletakkan calon di semua kawasan pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Setiausaha Umno Kelantan, Akbar Salim, berkata Umno Kelantan akur dengan sebarang keputusan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Tertinggi (MT) sebagai menghormati organisasi yang dinaungi.

Katanya, ia termasuklah keputusan berkaitan situasi di DUN Perak dan juga kedudukan situasi kerajaan pusat.

“Umno Kelantan komited dan istiqamah kepada piagam MN yang telah termeterai di peringkat kebangsaan bersama parti PAS dan bersetuju sebagai agenda penyatuan Ummah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam HarakahDaily dan Malaysiakini yang diterbitkan pada 2 Disember lalu, pihaknya kurang jelas dengan pendirian PAS.

“‘MB Kelantan pilih perkukuh PN, tolak cadangan terikat dengan MN’ Umno Kelantan kurang jelas sama ada PAS masih ingin meneruskan MN atau sebaliknya.

“Sekiranya PAS lebih cenderung untuk mengenepikan MN yang telah disepakati, Umno dan BN Kelantan bersiapsedia untuk meletakkan calon di semua kawasan pilihanraya Dun dan Parlimen PRU-15,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here