Tawaran sudah dibuat, jangan salahkan Umno

0
1

PENDEKATAN Umno yang tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu politik di Perak adalah demi rakyat negeri terbabit.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata tawaran kerjasama antara Umno, PAS dan Bersatu sudah pun dibuat.

Justeru, beliau berkata, kini terpulang kepada kedua-dua parti itu untuk memutuskan sama ada mahu bekerjasama dengan Umno atau tidak di Perak.

“Kemungkinan segala kemungkinan akan dipertimbangkan, kalau tidak boleh cara A, kita buat cara B atau C, yang penting kerajaan dapat kembali menguruskan pentadbiran negeri untuk rakyat terutamanya bajet mesti dibentang dan diluluskan.

“Jadi dia (Presiden Umno) sudah sebut dengan jelas, kalau boleh kerajaan lama kekal yang bertukarnya cuma (jawatan) Menteri Besar sahaja. Itu pilihan pertama.

“Dia telah menyebut kalau boleh kerajaan dahulu diteruskan, cuma bertukar MB (Menteri Besar), pilihan lain hanya timbul sekiranya pilihan pertama tidak ditimbulkan,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Bagaimanapun, Tajuddin berkata, beliau berharap agar PAS dan Bersatu dapat berubah pendirian untuk bersama Umno.

“Kalau mereka masih pendirian tetap begitu, tidak boleh pilihan itu. Hari ini mereka boleh berfikir, tawaran sudah dibuat.

“Kalau mereka (Bersatu dan PAS) boleh berubah pendirian yang telah dibuat sepertimana ditulis oleh Setiausaha Agung masing-masing, boleh menukarkan kerajaan lama bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) jadi tidak perlu pilihan lain,” katanya lagi.

Terdahulu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan bahawa akan berlaku jajaran baharu dalam politik di Perak.

Ia termasuk kerjasama dengan parti dalam Pakatan Harapan (PH) di Perak iaitu DAP, PKR dan Amanah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here