Pekan pula banjir, 9 PPS dibuka di Pahang

0
1

PEKAN menjadi menjadi daerah kedua di Pahang dilanda banjir selepas Raub, apabila sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, malam tadi.

Berdasarkan portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lima mangsa daripada sebuah keluarga ditempatkan di PPS SK Seri Terentang, Pekan setakat ini.

Menurut publicinfobanjir.water.gov.my, paras Sungai Lipis, Batu Malim di Raub menghampiri paras berjaga-jaga iaitu 113.20 meter (m) berbanding paras amaran 114.24 m, manakala paras bahaya 114.8 m.

Setakat jam 11 malam tadi, sembilan PPS dibuka di Pahang menempatkan 161 mangsa daripada 53 keluarga.

Sebelum ini, Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir apabila lapan PPS dibuka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here