JUARA dunia Formula Satu, Lewis Hamilton yang dijangkiti Covid-19 minggu ini, mungkin tidak dapat beraksi pada perlumbaan penutup musim di Grand Prix Abu Dhabi minggu depan, kata bos Mercedes Toto Wolff.
AFP melaporkan, juara tujuh kali itu memenangi Grand Prix Bahrain hujung minggu lalu dan direhatkan untuk Grand Prix Sakhir esok selepas mengalami gejala ringan Isnin lalu.
Pelumba berusia 35 tahun itu kini menjalani pengasingan selama 10 hari.
“Dia tidak berada dalam keadaan baik. Covid-19 tidak boleh dipandang ringan dan dia kini dijaga rapi.
“Itu yang paling penting,” kata Wolff selepas pengganti Hamilton, George Russel mencatat pusingan terpantas pada sesi latihan awal.
Hamilton adalah pemandu ketiga tahun ini terlepas perlumbaan akibat Covid-19, selepas gandingan Racing Point Sergio Perez dan Lance Stroll. – Malaysiapost

