‘Midang-Midang’ karya anak kelahiran Sarawak menang anugerah di Argentina

0
1

PENYANYI dan bintang sape kelahiran Sarawak, Alena Murang membanggakan negara apabila diumumkan sebagai pemenang bagi Anugerah Penggayaan Terbaik dalam Festival Video Muzik Bueno Aires 2020.

Kemenangan tersebut diperolehi menerusi karya lagu suku kaum Kelabit yang berjudul, ‘Midang Midang’ .

Keputusan itu disahkan oleh Alena melalui perkongsian di akaun Instagramnya yang memaparkan keputusan rasmi yang dinyatakan di laman web festival berkenaan.

Ini sekali gus menyaksikan Alena berjaya mengetepikan tujuh saingan lain dari pelbagai negara, lapor Astro Awani.

Dalam festival yang sama, bintang berdarah Kelabit-Itali ini turut berjaya menempatkan karya Midang Midang dalam pencalonan Video Antarabangsa Terbaik.

Menariknya dalam kategori itu, pesaing Alena terdiri dari artis terkemuka seperti bintang pop sensasi, Madonna.

Untuk makluman, penggambaran video muzik Midang Midang dilakukan di Bario dan Miri dengan kolaborasi Project Room dan Kanid Studio.

Projek ini turut mendapat sokongan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) serta Majlis Bandar Raya Miri (MBM).

Setakat ini, lagu berdurasi tiga minit 27 saat itu telah menerima lebih 32,000 tontonan di platform YouTube. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here