Nurul Huda Abhar
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat empat kluster baharu jangkitan Covid-19 yang telah dikenal pasti pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi kenyataan berkata, satu kluster baharu berlaku di Selangor manakala tiga lagi di Sabah.
Katanya, kluster pertama ada Kluster Monsoon yang melibatkan daerah Petaling, Selangor yang mana sehingga 3 Disember sejumlah 106 individu telah disaring, 19 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
“Seterusnya Kluster Jalan Kilang melibatkan daerah Lahad Datu Sabah. Sehingga hari ini, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif.
“Ketiga adalah Kluster Perdana Enam turut melibatkan daerah Lahad Datu.
“Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif bermula 15 November hasil saringan tempat kerja di sebuah kilang. Sehingga 3 Disember, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif,” katanya, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, Kluster terakhir adalah Kluster Jalan Kubota melibatkan daerah Tawau Sabah.
Katanya, sehingga hari ini 72 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. – Malaysiapost

