EMPAT lagi individu termasuk seorang pegawai imigresen ditahan bagi membantu siasatan berhubung sindiket urusan khidmat cop sempadan.
Pegawai imigresen terbabit bersama tiga ejen pekerja asing berusia 28 hingga 52 ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lewat petang semalam.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001,
Pihaknya juga tidak menolak lebih ramai akan ditangkap.
Setakat ini, 50 individu telah ditahan dalam Ops Selat membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.
Pada masa sama, wang tunai lebih RM800,000, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi turut dirampas.
Sindiket itu dipercayai melibatkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa khusus dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh. – Malaysiapost


