Tak perlu lagi ‘filter’, pra-tempahan PS5 bermula esok

0
3

SEBELUM ini tular warganet menggunakan ‘filter’ yang memaparkan imej permainan video digital PlayStation 5 (PS5), kini penggemarnya boleh senyum lebar kerana peranti itu akan dilancar pada 11 Disember ini.

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan harga peranti PS5 secara rasmi buat pasaran Malaysia, dan pra-tempah peranti permainan tersebut akan bermula esok, 12 November melalui mana-mana pengedar rasmi PlayStation yang tersenarai.

Untuk makluman, PS5 akan dijual dengan dua edisi iaitu edisi digital (tanpa pemacu optik Blu-Ray) dan edisi biasa yang menyertakan pemacu optik blu-ray).

Berikut adalah harga rasmi peranti PS5:
PlayStation 5 Edisi Biasa – RM2,299
PlayStation 5 Edisi Digital- RM1,869

Sementara itu, Sony dalam kenyataan mengumumkan aksesori-aksesori rasmi PS5 turut dijual dengan pra-tempah bermula esok iaitu:

1) Alat Kawalan Dualsense
2) Fon Kepala Pulse 3D, HD Camera
3) Media Remote
4) DualSense Charging Station

Sony sebelum ini turut mengeluarkan senarai judul permainan yang bakal dibawa masuk.

Difahamkan, sehingga kini terdapat 26 permainan akan menggunakan peranti berkenaan sekali gus menyokong spesifikasi terkini PS5.

Permainan-permainan yang kini sudah boleh dipra-tempah adalah seperti Demon’s Souls, Marvel’s Spider-Man Miles Morales dan juga Sackboy A Big Adventure.

Jangan lepaskan peluang membuat tempahan untuk menjadi antara yang pertama di Malaysia ‘unboxing’ peranti permainan video ini secara realiti tanpa menggunakan ‘filter’ lagi. – Malaysiapost