Beratnya ujian mereka, pasti Allah sangat sayang

0
2

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit Lew melahirkan rasa sayu apabila menziarah seorang wanita yang kehilangan suami dan dua anak dalam kemalangan lori simen di Gopeng, baru-baru ini.

Ebit menerusi hantaran di Facebooknya berkata, beliau berasa sayu mendengar cerita daripada Shamsira Mohd Norizin bagaimana saat beliau mengetahui berita kehilangan tiga insan tersayang serentak.

“Empat jam jam menunggu di tempat kejadian melihat arwah suami dan anak sebelum dikeluarkan. Ya Allah.

“Masa ziarah akak ni cuma memeluk anak kecilnya. Berat ujian mereka. Pasti Allah sangat sayang pada keluarga ini. Setiap ujian tiada lima jawapan cuma satu. Semuanya kerana Allah sayang,” katanya.

Ebit seterusnya berkata, wanita itu tidak berhenti menangis semasa berdoa bersama dan tidak berhenti ucap terima kasih.

“Keluarga gembira terharu diziarahi. Ya Allah berilah kekuatan pada Puan Shamshira, anak bongsunya. Hadiahkan arwah suami dan dua anak kecilnya syurga FirdausMu.

“Pasti satu hari mereka dapat bertemu kembali dalam syurga,” katanya sambil menakluk beliau memberi sedikit hadiah dan doa serta berharap Allah memelihara dan kuatkan keluarga tersebut.

Dalam kejadian jam 10 malam pada 1 November lalu, Hafize Nizam Ali Supian, 30, dan dua anak lelakinya, Mohammad Afif Rafiqi, 9, dan Arrian Nuh, 6, maut selepas treler dinaiki terbabas di Jalan Lama Kota Bharu di Gopeng.

Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila treler dipandu mangsa dari arah Kota Bharu menghala Malim Nawar terbabas di lorong kiri dan melanggar tiang elektrik serta besi penghadang jalan sebelah kiri jalan. – Malaysiapost