Mainan kanak-kanak dengan lambang Israel dijual di kedai barangan murah

0
2

MAINAN kanak-kanak tertera lambang Israel dilaporkan dijual di sebuah kedai barangan runcit dan rumah berharga murah di Selangor.

Gambar mainan tersebut yang dipamerkan di luar premis tersebut di Hulu Langat, tular di media sosial sejak semalam.

Ia turut dikongsi pendakwa bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin di Facebooknya.

“Mainan anak anak kita. Perlahan dia masuk. Jaga jaga. Akhir zaman,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Sementara itu, menerusi satu hantaran di Facebook Cheap2Shop, wakil daripada cawangan Hulu Langat menyatakan permohonan maaf atas alasan terlepas pandang tentang isu keagamaan dan sensitif.

“Pihak kami telah mengambil tindakan untuk memulangkan semula barang tersebut kepada hq (ibu pejabat) kami.

“PIhak kami juga telah mengambil tindakan tidak mempamerkan dan menjual barang tersebut. Justeru itu juga pihak kami berterima kasih atas keperihatin dan maklumat yang diberi.

“Sekali lagi pihak kami meminta maaf atas kesilapan yang berlaku dan tidak mengulangi semula,” kata hantaran tersebut. – Malaysiapost