KETUA Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin dilantik sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Angkatan Anak Muda (Armada) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerusi ucapan tahniah di Facebooknya hari ini.
“Sekalung tahniah kepada Ir Ts Khairil Nizam atas pelantikan sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional.
“Armada Bersatu Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada agenda pemerkasaan anak muda di bawah kepimpinan beliau,” katanya.
Khairil Nizam Khirudin, dipilih menerajui kepimpinan Dewan Pemuda PAS pada Jun tahun lalu, menggantikan Muhammad Khalil Abdul Hadi yang tidak mempertahankan jawatan.
Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Bina Darulaman Berhad (BDB) berkuatkuasa 6 September lalu sebagai lantikan politik oleh kerajaan Kedah. – Malaysiapost

