KPM pinda tarikh SPM, SVM, STPM, STAM

0
2
KUALA TERENGGANU, 18 November 2009 -- Sebahagian calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tekun menjawab peperiksaan kertas Bahasa Melayu 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu semalam. Gambar Fauzi Baharudin Pemberita Siti MENINGKATKAN mutu pendidikan dan memastikan anak bangsa mendapat pendidikan asas sehingga ke peringkat tinggi merupakan antara wawasan yang disemarakkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Gambar hiasan NOTA TERBITAN UTUSAN KHAMIS 19 NOVEMBER 2009 MUKA 10

Fitri Nizam

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) meminda tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020.

Menterinya, Dr Radzi Jidin, berkata peperiksaan SPM, SVM dan STAM akan bermula pada 22 Februari 2021 manakala STPM pada 8 Mac 2021.

Beliau berkata, segala perincian berhubung peperiksaan awam itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Bagi membantu calon-calon peperiksaan awam tahun 2020 membuat persediaan secukupnya sebelum menduduki peperiksaan, KPM memutuskan mereka akan menyambung persekolahan secara bersemuka di sekolah masing masing mulai 20 Januari 2021.

“KPM berharap ruang yang ada ini akan memberi manfaat kepada calon yang terkesan dengan penutupan sekolah,” katanya pada sidang media di KPM, hari ini.

Tambahnya lagi, semua ketetapan itu terpakai kepada sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Bagaimanapun, bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga
disaran untuk mengikuti ketetapan sama.

“Selain itu, terdapat juga pertanyaan berkaitan peperiksaan percubaan SPM, kerja kursus serta pentaksiran yang telah dijadualkan sehingga Disember 2020 yang masih belum diselesaikan.

“KPM akan menjadualkan semula semua pentaksiran tersebut dan akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Menurutnya, penjadualan semula peperiksaan awam itu tidak menjejaskan kemasukan ke institusi peringkat tertiari awam serta ke institusi pengajian tinggi awam melalui sistem UPU Online dikendali Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sementara itu, Radzi memaklumkan pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi Tingkatan 1 dan 4 ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Ia merangkumi kemasukan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Teknik, Kolej Vokasional dan Maktab Tentera Diraja,” katanya. – Malaysiapost