SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 140 basikal kepada staf-staf Istana Flintstones, Mersing.
Dalam muat naik terbaharu di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kenderaan itu bukan sahaja untuk memudahkan pergerakan staf-staf dari rumah mereka ke Istana Flintstones, pada masa sama memotivasikan mereka untuk mengekalkan gaya hidup sihat.
“Penggunaan basikal ini bukan sahaja memudahkan pergerakan mereka, malah lebih penting lagi mengekalkan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja,” titah Baginda.
Berdasarkan gambar yang dikongsi di Facebook Baginda itu, kelihatan staf Istana Flintstones mula menggunakan basikal berwarna kuning berkenaan untuk bekerja.-Malaysiapost



