PAPUH kecewa Belanjawan 2021 anak tirikan sektor pelancongan

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

PERSATUAN Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) melahirkan rasa kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2021 yang dilihat mengenepikan pemain industri yang kini kian tenat.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata sektor pelancongan menjadi sektor ke-3 yang menyumbang sebanyak 14.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada pendapatan negara sebelum wabak Covid-19 melanda negara.

Selain, sektor itu juga telah menyumbang pendapatan negara sebanyak RM 66.1 billion pada 2019 serta melalui cukai pelancongan turut menyumbang sedikit sebanyak kepada pendapatan negara yang mana cukai ini telah diperkenalkan pada 1 September 2017.

“Kini ahli-ahli hanya mempunyai harapan kepada Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA sebanyak RM1 billion yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan Jun yang lalu.

“Walaubagaimana pun ahli-ahli kami merasa seperti dipersendakan oleh institusi kewangan kerana selepas lima bulan diumumkan, kami diberitahu hanya tiga peratus sahaja dana itu telah diluluskan permohonan mereka,” katanya menerusi kenyataan.

Razali berkata ada diantara ahlinya yang mengusahakan kenderaan pelancongan amat terkesan di mana ada kalangan mereka menggunakan khidmat syarikat kredit untuk pinjaman dan tidak membantu langsung peminjam dalam penyusunan semula jadual pembayaran balik.

“Disebabkan keadaan meruncing yang dihadapi sehingga hilang punca pendapatan dari Febuari sehingga sekarang, maka kami merayu kepada Kerajaan Malaysia untuk membuka pintu sempadan antarabangsa kepada Jemaah Malaysia bagi mengerjakan Ibadah Umrah dengan SOP yang ketat pada 1 Januari ini.

“Ini akan dapat menberi sedikit ruang kepada ahli-ahli kami bernafas kembali. PAPUH ini mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia untuk membenarkan pelancong dari negara Hijau untuk melawat Malaysia dengan mengadakan SOP ketat seperti kuarantin 14 hari semasa di tiba serta insuran perjalanan yang wajib.

“SOP ini telah pun diguna pakai oleh negara jiran kita Thailand bagi pelancong-pelancong dari China dan mereka telah berjaya menghidupkan kembali industri pelancongan di negara mereka sekaligus dapat merancakkan ekonomi mereka,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya sempadan antarabangsa tidak dibuka, maka ramailah antara mereka akan muflis dan ramai bakal kehilangan pendapatan.-Malaysiapost