Belanjawan 2021: Ahli Parlimen Pembangkang persoal peruntukkan kepada JASA

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

PERUNTUKKAN lebih RM81 juta untuk ‘menghidupkan’ semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menerusi Belanjawan 2021 mendapat kritikan Ahli Parlimen Pembangkang.

Mereka beranggapan jumlah berkenaan bukan sahaja tinggi malah ia boleh digunakan untuk tujuan lain dalam membantu golongan yang terkesan kerana Covid-19.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Mohamed Fadzil, berkata jumlah yang diterima JASA melebihi jumlah yang diterima petugas barisan hadapan yang berjuang demi negara bagi menangani pandemic Covid-19.

“JASA dapat RM85.5 juta. Frontliner (petugas barisan hadapan) KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sahaja dapat one-off RM500 berjumlah RM50 juta,” katanya menerusi Facebook.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula mempersoalkan kenapa jabatan berkenaan memperoleh peruntukan yang sangat besar berbanding keperluan-keperluan lain.

“Peruntukkan Cybertroopers Kerajaan kini (JASA) RM81 juta. Dahulu bawah BN (Barisan Nasional) pun RM30 juta. Malangnya, peruntukkan baik pulih sekolah daif dikurangkan RM58 juta. Peruntukkan kesihatan mental hanya RM24 juta,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin pula ‘hairan’ di mana perginya belanjawan perpaduan yang yang merentasi parti kerajaan dan pembangkang.

“JASA versi PN (Perikatan Nasional) diberi peruntukan sebanyak RM85.5 juta pada tahun 2021. Bagaimana kita boleh menyokong Belanjawan yang menyerang pembangkang secara habis-habisan?,” soalnya.-Malaysipost