Belanjawan 2021: Hannah Yeoh pertikai peruntukan tinggi untuk JASA

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

PEMBENTANGAN Belanjawan 2021 petang tadi mendapat reaksi ‘kurang senang’ daripada pemimpin pembangkang yang mempertikaikan beberapa perkara.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, mendakwa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) memperoleh peruntukan yang tinggi.

“Peruntukan JASA hampir tiga kali ganda lebih tinggi daripada peruntukan taska untuk frontliners (RM30 juta).

“Semasa era BN, bajet JASA pada 2018 sebanyak RM30 juta untuk 272 staf tetapi dibawah PN bajet 2021 untuk JASA sebanyak RM85.55 juta hanya untuk 52 staf,” katanya menerusi kenyataan. – Malaysiapost