26 lagi petugas KKM dihantar ke Sabah

0
2

SERAMAI 26 petugas lagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diterbangkan ke Sabah bagi membantu Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah menangani wabak Covid-19.

Mereka yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan kepakaran berserta aset hospital KKM, berlepas dari Pangkalan Udara Subang dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jam 7 pagi tadi.

KKM memaklumkan kesemua mereka akan ditempatkan di beberapa hospital seperti Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu, Hospital Semporna, Hospital Duchess of Kent di Sandakan dan Hospital Queen of Elizabeth di Kota Kinabalu.

“Selagi kami bergelar warga KKM, selagi itu jugalah kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk terus memberikan perkhidmatan sebaik mungkin kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kepada Tentera Udara Diraja Malaysia, terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

“Insya-Allah panjang umur, murah rezeki kita akan berjumpa lagi. Terima kasih pilot! Selamat pergi dan pulang,” kata KKM. – Malaysiapost