SERAMAI 549 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu seramai 547 individu telah dikompaun manakala lagi direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka
(188), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (154), penjarakan fizikal (79),
premis beroperasi lebih masa (34), aktiviti di pusat hiburan (9) dan lain-lain (85),” katanya.
Beliau berkata semalam juga pasukan keselamatan menerusi Operasi Benteng menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI), selain dirampas satu kapal dan enam kenderaan darat.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba
memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus
mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya. – Malaysiapost

