Taman Rimba Lubuk Yu jadi sasaran pembalak haram

0
1

TAMAN Rimba Lubuk Yu, Pahang didakwa menjadi sasaran pembalak haram sehingga menyebabkan punca kekeruhan melampau air sungai di lokasi terbabit.

Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad, mendakwa jalan pembalakan baharu yang siap dibina di lokasi itu terbukti menjadi punca kekeruhan air sungai berkenaan.

Bagaimanapun, dakwanya Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, tiada bukti kerja-kerja pembalakan ditemui salam siasatan bersepadu pihaknya dengan Pejabat Tanah dan Galian.

“Pokok balak sudah di ‘tagging’ tetapi laporan siasatan Pejabat Hutan menyatakan tiada bukti kerja-kerja bagi tujuan pembalakan ditemui di kawasan berkenaan dan tiada lesen pembalakan dikeluarkan di sekitar Lubuk Yu dan hulu Sungai Jempul pada tahun 2019 dan 2020.

“Cukup-cukuplah menggunakan taktik dan pendekatan “menutup dan melindungi” kegiatan haram yang berpunca dari rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa di Negeri Tanah Melayu ini kerana zaman sudah berubah dan rakyat semakin bijak serta terbuka luas minda dan capaiannya,” katanya di Facebook.

Khaidir yang juga bekas wartawan TV3 itu mendakwa menerima petunjuk dan maklumat baharu daripada rakyat marhaen tentang banyak lagi kegiatan haram di hutan-hutan simpan hulu Sungai Jempul, Tong Kiat, Sri Jaya dan Hulu Luit.

Malah, perkara itu akan dibongkarnya untuk didedahkan kepada masyarakat. -Malaysiapost

Foto Kredit: pahangdaily.blogspot.com