Hina Raja: Ronnie Liu bagi keterangan pagi ini

0
2

Fitri Nizam

ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew dijangka diambil keterangannya berhubung hantaran Facebook berbaur hasutan dan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, pagi ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata Ronnie Liu akan diambil keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sekitar jam 10.30 pagi ini.

“Ya, kita akan ambil keterangannya di IPD Petaling Jaya pagi ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pada 21 Oktober lalu pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook, Ronnie Liu Tian Khiew.

Katanya, pemilik Facebook itu membuat kenyataan ‘Now in Bangkok. They are saying No to the King’ (Sekarang di Bangkok. Mereka mengatakan tidak kepada Raja).

“Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap Raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. -Malaysiapost