PRESIDEN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, 50, disahkan positif Covid-19.
Perkara itu diumumkan badan induk bola sepak dunia itu.
Infantino didapati mempunyai gejala dan akan menjalani proses pengasingan selama 10 hari, lapor AFP.
“Semua mereka yang mempunyai kontak dengan Presiden FIFA sepanjang beberapa hari lalu sudah dimaklumkan mengenainya dan diminta untuk mengambil tindakan susulan.
“FIFA mendoakan supaya Infantino segera sembuh,” kata badan induk berkenaan.
Kali terakhir Infantino tampil di tempat awam adalah pada Sidang Kemuncak Pematuhan FIFA yang berakhir 16 Oktober lalu dengan semua peserta hadir menerusi persidangan video. -Malaysiapost

