Covid-19: 801 kes baharu, 8 lagi kematian hari ini

0
2

Nurul Huda Abhar

SEBANYAK 801 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, 799 kes adalah penularan tempatan manakala dua lagi kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 573 kes sembuh dilaporkan hari ini dan ia menjadikan jumlah keseluruhan sembuh dan discaj adalah 19,072.

Katanya, Sabah kekal negeri tertinggi merekodkan kes baharu iaitu 546 diikuti Selangor (88), Labuan (29), Kedah (28), Sarawak (27), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (19) dan Kuala Lumpur (13).

Selain itu, Terengganu mencatatkan 11 kes dan masing-masing lapan serta enam kes di Johor dan Perak.

“Negeri yang tiada mencatatkan kes baharu hari ini adalah Pahang, Melaka, Kelantan, Putrajaya dan Perlis.

“Lapan kes kematian hari ini direkodkan yang menjadikan 246 kes kematian keseluruhan,” katanya ketika sidang media hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak empat kluster baharu dikesan hari ini dan kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 94 kes.

“Kes yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 25 kes pada hari ini,” ujarnya. – Malaysiapost