71 surau di Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan solat Jumaat

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

SEBANYAK 71 surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diberi kebenaran menunaikan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bagaimanapun jumlah maksimum adalah 50 jemaah dengan penjarakan fizikal dan bergantung keluasan surau.

“Jumlah surau ini akan ditambah dari semasa ke semasa, berdasarkan kelulusan Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan,” katanya menerusi hari ini.

Beliau berkata, kerajaan melalui pihak berkuasa agama negeri sentiasa berusaha memenuhi hasrat umat Islam terutamanya berkaitan syiar agama seperti solat Jumaat.

“Begitu juga urusan akad nikah yang menjadi kelaziman yang boleh disegerakan dan dipermudahkan, dengan syarat mematuhi SOP ditetapkan,” katanya. – Malaysiapost