Najib: Saya juga tak mahu kerjasama dengan kamu

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan yang beliau tidak mahu bekerjasama dengan DAP meskipun mencadangkan supaya parti itu berunding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu hantaran di Facebooknya menjawab Ahli Parlimen Damansara Tony Pua, Najib berkata beliau menetapkan sebarang rundingan Anwar “tanpa DAP”.

“Saya juga tak mahu bekerjasama dengan kamu (DAP).

“Sebab itu saya tetapkan ‘tiada DAP’ hari ini dalam mesyuarat ahli Parlimen Umno.

“Tapi jika kamu masih mahu bertegas untuk ‘go to hell’, dipersilakan,” kata Najib di Facebooknya.

Terdahulu Tony diaporkan berkata mana-mana pihak yang mengharapkan sokongan bekas Perdana Menteri sebagai tidak berprinsip serta kemaruk kuasa.

Pemimpin DAP itu berkata, seandainya ada kerajaan yang memerlukan sokongan Najib, mereka boleh pergi jahanam.

“Ini benar-benar gila. Nampaknya ada juga segelintir yang tidak bermaruah serta begitu kemaruk kuasa sehingga sanggup bersama Najib untuk tubuhkan kerajaan baharu.

“Saya tidak akan sesekali sokong kerajaan sedemikian,” kata Tony.

Terdahulu, Najib dilaporkan mencadangkan supaya Umno sedia berunding dengan Anwar sekiranya tidak berpuas hati dengan Perikatan Nasional (PN).- Malaysiapost