HABUAN paling tinggi dalam karier Khabib Nurmagomedov selepas menerima bayaran berjumlah £4.6 juta (RM24.95 juta) selepas menewaskan Justin Gaethje dalam UFC 254.
Memetik laporan Agensi, jaguh Rusia itu hanya memerlukan dua pusingan menewaskan lawannya menerusi ‘submission’ di Fight Island.
Namun, Khabib telah membuat kejutan dengan mengumumkan persaraan daripada kanvas Oktagon.
Dalam pada itu, Dana White menganggap Khabib kini jagoan terulung UFC yang hanya tewas dua pusingan sepanjang kariernya.
Kemenangan Khabib itu adalah yang ke-29 di MMA dan yang ke-13 di UFC, sekali gus mengekalkan rekod 100 peratus.
Selain itu, Khabib turut menerima bonus perlawanan hampir £70,000 (RM379,738) serta terdapat terma bayar dan tonton dalam kontraknya yang boleh meningkatkan lagi habuan buat Khabib.
Ia bermakna Khabib mendapat ganjaran lebih tinggi berbanding di UFC 242 ketika dia menewaskan Dustin Poirier.
Khabib akan menerima lebih daripada £1.5 juta (RM8.14 juta) yang diterima ketika menewaskan Conor McGregor di UFC 229 dengan pencabar dari Ireland itu menerima bayaran £2.3 juta (RM12.48 juta).
Bagi Gaethje pula, dia dilaporkan membawa pulang hanya £300,000 (RM1.6 juta) dari Arab Saudi.
Khabib dikaitkan dengan pertarungan menentang Georges St-Pierre yang dianggap pertarungan ke-30 yang sangat lumayan, tetapi selepas mengumumkan persaraannya, peminat masih menunggu langkah seterusnya daripada dirinya, rekod tidak pernah tewas dalam UFC. – Malaysiapost

