Covid-19 : Tiga kluster baharu ditemui

0
1

Nilam Oshman

TERDAPAT tiga lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini, iaitu Kluster Kapor di Sabah, Kluster Hampar di Negeri Sembilan dan Kluster Penjara Tapah di Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif Covid-19 hasil saringan pelaut di Kampung Tanjung Kapor, di mana 46 kes positif termasuk 30 kes baharu.

“Manakala Kluster Hampar di Rembau, Negeri Sembilan di mana lima kes dikesan positif Covid-19 termasuk empat kes baharu dan 96 individu negatif,” katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya lagi, Kluster Penjara Tapah di Batang Padang, Perak, hasil saringan di Penjara Tapah dengan 11 kes positif Covid-19 termasuk empat kes baharu dan 1,840 individu dikesan negatif. – Malaysiapost