Darurat: Giliran Abang Mat bidas Muhyiddin

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

“MUHYIDDIN yang darurat, bukan negara,” kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan ‘darurat’ untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

“Jika alasannya Covid-19, kita sudah ada undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini dengan berkesan.

“Tanpa perlu kepada pengistiharan darurat kepada negara,” katanya menerusi kenyataan susulan laporan menyatakan ‘darurat’ akan dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Malaysiapost sebelum ini melaporkan mesyuarat khas Kabinet hari ini dikatakan mempertimbang untuk mengumumkan darurat kesihatan ekoran penularan wabak Covid-19.

Menurut sumber, keputusan diambil bukan saja bagi mengekang penularan wabak berkenaan tetapi juga untuk memudahkan urusan kerajaan.

Pada masa sama, terdapat laporan menyatakan Perdana Menteri akan mengumumkan darurat politik dan penggantungan Parlimen selama enam bulan. – Malaysiapost