Darurat: #MuhyiddinOut ‘trending’ di Twitter

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

DESAS desus mesyuarat khas Kabinet hari ini dikatakan mempertimbang untuk mengumumkan darurat kesihatan ekoran penularan wabak Covid-19 menyebabkan #MuhyiddinOut dan #darurat ‘trending’ di Twitter.

Berdasarkan semakan Malaysiapost di Twitter hashtag bagi darurat dan nama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin berada di kedudukan teratas isu paling ‘trending’ di Malaysia ketika ini.

Malah, YDPA (Yang di-Pertuan Agong) juga berada di kedudukan paling ‘trend’ susulan kemungkinan darurat yang bakal diumumkan kerajaan.

Ini selepas Perdana Menteri tiba di Istana Abdul Aziz, Kuantan bagi menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi melaksanakan darurat kesihatan ekoran penularan wabak Covid-19.- Malaysiapost