UCL: United kejutkan PSG di Paris

0
3

MANCHESTER United menewaskan Paris Saint-Germain 2-1 di Parc des Princes dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.

United mendahului perlawanan hasil sepakan penalti Bruno Fernandes pada minit ke-23.

Bagaimanapun PSG menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri Anthony Martial yang tertanduk masuk sepakan sudut Neymar ke gawang sendiri pada minit ke-55.

Namun, jaringan Marcus Rashford minit terakhir perlawanan memastikan United membawa pulang tiga mata.

Sementara itu dalam aksi lain UCL, Chelsea 0 – 0 Sevilla; Rennes 1-1 Krasnodar; Lazio 3-1 Dortmund; Zenit 1-2 Club Brugge.

Barcelona 5-1 Ferencvaros; Dynamo Kiev 0-2 Juventus dan RB Leipzig 2-0 Instabul
Basaksehir. -Malaysiapost