Memiliki aset RM2.4 bilion, Forbes umum Rihanna wanita terkaya di US

0
1

PENYANYI Rihanna diumumkan sebagai wanita terkaya “self made” di Amerika Syarikat (US) dengan kekayaan menjangkau sebanyak RM2.4 bilion.

Pengumuman melalui majalah Forbes itu juga memaklumkan kategori “self made” adalah label yang diberikan kepada figura yang memiliki kekayaan atau aset melalui hasil usaha mereka sendiri, bukan didapatkan daripada warisan keluarga.

Memetik laporan Yahoo, penyanyi berusia 32 tahun itu berada di tangga ke-33 individu terkaya “self made” US.

Aset sebanyak RM2.4 bilion tersebut adalah keuntungan bersih yang diperolehi Rihanna dari karya muzik dan jenama kosmetik Fenty Beauty, yang dia miliki bersama label mewah LVMH.

Penyanyi R&B tersebut juga memiliki bisnes lain salah satunya adalah jenama Savage X Fenty yang memproduksi pakaian dalam dengan TechStyle Fashion Group sebagai pelabur mereka.

Selain Rihanna, melalui senarai yang dikeluarkan Forbes turut terdapat beberapa nama selebriti lain yang dinilai kaya termasuk Madonna, Beyonce dan Celine Dion serta Lady Gaga.

Sementara itu, sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, Rihanna juga terlibat dalam beberapa projek mengumpul dana dan menderma kepada golongan memerlukan,

Malah, dilaporkan penyanyi lagu Umbrella itu telah menderma sekitar RM33 juta kepada insan yang terjejas ekoran wabak Covid-19. -Malaysiapost