Hospital Medan Tawau mula beroperasi

0
1

HOSPITAL Medan Tawau dalam Kompleks Sukan Tawau di Sabah telah mula beroperasi pagi ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, hospital yang disediakan untuk rawatan pesakit bukan Covid-19 itu telah menerima empat pesakit.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam dan kerajaan Sabah yang menyiapkan Hospital Medan ini,” katanya.

Terletak di dalam Dewan Kompleks Sukan Tawau, 5.8km dari Hospital Tawau, Hospital Medan ini menyediakan perkhidmatan merangkumi perubatan am, pembedahan am, obstetrik & ginekologi, ortopedik dan perubatan kanak-kanak dari Hospital Tawau.

Dengan inisiatif ini, Hospital Tawau boleh memberi tumpuan kepada rawatan pesakit Covid-19 yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3 -5).

Sebagai permulaan, hospital ini mempunyai kapasiti 100 katil dan dilengkapi dengan unit rawatan rapi dan dewan pembedahan. – Malaysiapost