BEKAS Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin meninggal dunia pada jam 11.52 malam tadi di Pusat Perubatan Ara Damansara, Selangor.
Menerusi hantaran di Facebook anaknya, Ddiy Putra, jenazah disembahyangkan di Bukit Damansara selepas solat Subuh hari ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gunung Mesah, Gopeng, Perak.
Katanya, oleh kerana prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, hanya 20 jemaah dibenarkan untuk solat jenazah.
“Dimohon agar kita semua dapat mendoakan buat Allahyarham, semoga Allah mengampuni segala dosanya dan menempatkan rohnya di kalangan yang beriman,” katanya hari ini.
Abdul Aziz pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. – Malaysiapost

