Najib sedia maafkan Tun M

0
2

SAYA sedia memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Najib mengakui bahawa beliau amat marah dengan Dr Mahathir dengan tuduhan yang dilemparkan bekas Perdana Menteri itu terhadap dirinya.

Malah, beliau menyifatkan kata-kata dikeluarkan Dr Mahathir sukar untuk diterima oleh mana-mana manusia.

“Memang saya marah, itu tak dapat dielakkan sebab kata-kata dia terlalu kesat, keterlaluan dan tidak berasas,” katanya dalam temubual bersama Malaysia Gazette.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kesediaannya memaafkan Dr Mahathir adalah kerana ia satu daripada tuntutan agama.

“Kalau dia buat salah atau berdosa pada saya, kalau dia minta maaf saya pandu pada agama…saya akan maafkan dia.

“Tapi kalau dia tidak minta maaf, dia cari saya di Padang Mahsyar nanti,” katanya.

Ketika ditanya jika ada pihak yang cuba menyatukan beliau dengan Dr Mahathir, Najib tidak melihat perkara itu akan berlaku.

“Saya tak nampak dia akan mahu bertemu dengan saya…banyak orang kata dia hati kering jadi kalau itu sikap dia tak ada guna kita nak bertemu,” katanya. – Malaysiapost