Prasarana utamakan kepentingan penumpang, tangani penularan Covid-19

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) mengambil langkah komprensif kerja-kerja pembasmian kuman untuk semua aset awam miliknya bagi menangani penularan Covid-19.

Keutamaaan kepentingan penumpang ini khususnya untuk tren, bas dan stesen bagi memastikan perjalanan warga kota terus lancar dan selesa.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata beliau berpuas hati dengan langkah yang diambil pengurusan Rapid Rail dan Rapid Bus dalam menangani penularan wabak berkenaan.

“Bagi mencegah, Rapid Rail memastikan semua tren untuk keempat laluan di cuci setiap hari di luar waktu puncak.

“Pembersihan bahagian dalaman tren dilakukan di stesen terakhir pada puncak pagi dan petang.

“Selain kerja cucian untuk eskelator, pemegang tangan, lif, mesin pembelian tiket di semua stesen serta turut menyediakan kemudahan pembersih tangan,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Tajuddin mengambil inisiatif membuat tinjauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan tahap kebersihan dengan menaiki tren dari Stesen MRT Pusat Damansara hingga ke Stesen Masjid Jamek.

Selain itu, Tajuddin berkata langkah pencegahan turut dilakukan oleh Rapid Bus dengan bahagian dalaman semua bas termasuk di Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

Sementara itu, beliau berkata bilangan penumpang juga menurun susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, Stesen Masjid Jamek iaitu stesen paling sibuk yang berintegrasi dengan perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling hanya menerima 40,000 penumpang sehari berbanding 65,000 orang sebelum ini. -Malaysiapost