19 anggota polis Cheras positif Covid-19

0
1

SERAMAI 19 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras disahkan positif Covid-19, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata terdapat sebahagian daripada anggota dari IPD Cheras yang masih menunggu keputusan secara berperingkat, daripada Pegawai Kesihatan Daerah, lapor Bernama.

“Walaupun mereka (19 anggota positif Covid-19), operasi balai dan IPD Cheras tetap berjalan seperti biasa dan mengamalkan tatacara operasi piawai (SOP), yang ditetapkan kerajaan dalam usaha mengekang penularan Covid-19,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Saiful Azly berkata, sebanyak 29 sekatan jalan raya dilakukan di sekitar ibu negara dan Putrajaya, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini sehingga 27 Oktober. – Malaysiapost