Lelaki bergelang ‘pink’ sudah ditahan

0
1

LELAKI bergelang merah jambu di stesen minyak di Buki Tinggi, yang tular di media sosial sudah ditahan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, mengesahkan penangkapan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Suspek ditangkap jam 8 malam tadi di kawasan Klang dan siasatan lanjut diteruskan,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Semalam, media melaporkan polis sudah mengenalpasti suspek lelaki tempatan yang berumur 30 tahun itu.

Shamsul Amar dalam kenyataannya semalam berkata, pihaknya akan membuat tangkapan sebaik mendapat pengesahan status suspek bebas Covid-19 daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang.

Sebelum ini, rakaman video berdurasi 1 minit 4 saat, antara suspek dengan seorang petugas kesihatan wanita viral di media sosial.

Lelaki terbabit ditegur kerana keluar dari kuarantin malah menyebabkan orang ramai takut untuk menghampiri stesen minyak terbabit apabila melihat gelang merah jambu dipakainya. – Malaysiapost