Muhyiddin ulangi kesilapan PH

0
1
KUALA LUMPUR, 17 Jan -- Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul Samad ketika temu bual khas bersama Bernama di Menara Felda hari ini. Pengerusi baharu Felda itu berikrar untuk kerap turun padang bagi memastikan kebajikan dan agenda membangunkan 112,635 peneroka tercapai. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

POLITIK adalah satu peperangan, justeru, tempoh berbulan madu ada hadnya, kebolehpercayaan kepada propagandis juga ada batasnya, kata veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad.

Beliau berkata, kesilapan kerajaan Pakatan Harapan adalah kerana mempercayai propaganda sendiri untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, kesilapan kedua kerajaan berkenaan adalah tempoh ‘berbulan madu’ ketika kesilapan dan kegagalan boleh dimaafkan atau tidak diperbesarkan.

“Begitulah kesilapan (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin (Yassin), kerana terlalu percaya kepada pakar propaganda Bersatu/Perikatan Nasional (PN), belia menganggap watak ‘Abah’ itu mampu mengatasi kesilapan yuang dilakukan kumpulan sendiri.

“Apabila memberi amaran beliau akan menggunakan rotan sebagai isyarat seorang ‘Abah’ mampu juga bersifat tegas, ada pula yang menganggap Tan Sri Muhyiddin terbawa-bawa watak itu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bekas Pengerusi Felda itu berkata, senyuman manis selepas tujuh bulan bertukar menjadi senyuman sinis sebagai sambutan kepada watak ‘Abah’ yang sudah ingin bertegas kepada ‘anak-anak’ nya.

“Dan mulalah diungkit ketidakpuasan hati terhadap menteri yang balik dari luar negara tanpa menjalani kuarantin tidak diuruskan dengan munasabah dan adil.

“Kesimpulannya, pemimpin janganlah percaya sangat kepada ‘propagandist’ sendiri, dan ‘bulan madu’ juga bertempoh,” katanya. -Malaysiapost