Nurul Huda Abhar
KERAJAAN akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang berkuatkuasa 9 Oktober bermula jam 12.01 tengah malam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 di daerah tersebut.
“Ia juga bagi memulihkan operasi pengesanan secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. Pergerakan keluar masuk ke kawasan tersebut adalah tidak dibenarkan.
“Hanya berkhidmatan perlu termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan dengan perkhidmatan yang perlu dalam senarai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sahaja dibenarkan dalam kawasan itu,” katanya pada sidang media, hari ini.
Sementara itu, beliau mengumumkan PKPD secara bersasar di Flat Tongkang Yard, Kedah ditamatkan tengah malam ini kerana tiada kes baharu sejak tujuh hari lepas.
“Kita ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seluruh barisan hadapan yang lain di atas kejayaan ini melandaikan terus dan menjadikan kes positif tidk ada lagi di kawasan tersebut,” katanya. -Malaysiapost

